Johnny's Restaurants






Hujung minggu memang hari kemalasan  kalau nak keluar umah carik makan. Since Jusco depan umah jer aku dengan geng umah gi Jusco untuk mencari sesuap nasi bagi mengisi kekosongan perot yang dah kul 2.00 petang tak berisi agik. Pusing-pusing kat  Jusco semua tempat makan penuh dengan manusia yang kelaparan mencari tempat lunch. Tengok-tengok kat Johnny's Restaurants ada seat kosong. Alhamdulilah!!


Johnny's Restaurants ini aku rasa agak femes dengan makanan citrasa Thiland. Banyak cawangan restoran dia kat shopping-shopping centre. Bagi mereka yang tak pernah mencuba menu restoran ini , mereka menyediakan dua jenis hidangan iaitu Stim Boat dan Ala Carte. Stim boat kalau hujan-hujan sejuk sodap la jugak..  Tengahari ini kitaorang order Ala Carte je la since takdek mood nak stim-stim tengahari buta camnie. 



TOMYAM Seafood! Rasa Tomyamnya sedap.. Seafood yang digunakan boleh tahan segar, aku suka cendawan jepun yg comel-comel kenyal tu. Rasa Tomyamnya yang pedas-pedas sweet masam pun aku suke :)


Layan plak dengan Nasi Goreng Nenas.. haruman Limau Nipis membangkitkan selera !! SEDAP!!



Member aku order BBQ Chicken Mee.. dia kata tak sedap! Tobat tak nak order agik.. maybe sebab colour mee tu berwarna kehijau-hijauan. Tidak seperti Mee Kuning biasa kot! So spoil selera dia.. 



Desserts - Vanilla Ice Cream with topping BlueBerry sungguh menyenangkan  bila rasanya yang cair di mulut dan mendinginkan hati yang tengah suam-suam kuku. 


Vanilla Ice Cream dengan Mangga - Dessert kedua ni pun sedap gak.. masam manis mangga berserta ais krim Vanilla memang kobinasi menarik untuk menjadi pencuci mulut selepas kepedasan dengan Tomyam tadi.

Harga takdek la mahal makan kat sini! Ok la standard Restaurant! Walaubagaimana pun tetap ada 10% Service Charge dan 6% Goverment Tax.

Kalau nak more detail click website bawah nie


CUBA LA TRY TEST!!


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails