Ulek Mayang



Selamat Sejahtera!! Posting kali ini aku ingin menceritakan tentang lagu dan tarian rakyat Terengganu iaitu Lagu Ulek Mayang.Lagu ini yang bermula sebagai kaedah perubatan tradisional dan menjadi identiti rakyat Terengganu sejak beratus tahun lalu. Walaubagaimanapun Ulek Mayang sekarang hanya dipersembahkan sebagai tujuan hiburan semata-mata. Persembahan kesenian tarian Ulek Mayang ini masih lagi aktif di beberapa tempat di Terengganu iaitu di Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

Persembahan Ulek Mayang ini dimainkan dengan menggunakan mayang pinang. Mayang pinang ini dipercayai mempunyai semangat dan boleh memulihkan semangat pesakit. Ketika persembahan berlangsung pemain puteri akan diringi penari wanita diikuti lagu merdu ulik mayang yang menyeru semangat pesakit. Ulek Mayang yang menampilkan persembahan tujuh puteri yang mengubati seorang lelaki yang sakit akibat makhluk halus.


Mengikut ceritanya main puteri ini, Tujuh beradik Puteri ini berasal dari Bukit Puteri yang sentiasa menjadi tumpuan orang kampung untuk meminta bantuan bagi mengubati penyakit melalui mentera dan jampi. Mengikut lirik bait-bait lagu Ulek Mayang apabila semangat Puteri Tujuh ini di seru bagi mengubati lelaki yang semangatnya telah hilang.Puteri ini datang satu persatu dan memulihkan semangat pemuda yang tak sedar diri ini. Tetapi apabila pemuda ini sedar salah seorang puteri ini telah jatuh cinta dengan pemuda ini. Walaubagaimanapun mereka cinta mereka tidak boleh bersatu kerana mereka berada di dua dunia berbeza. Lirik lagu " yang darat balik ke darat, yang laut balik ke laut".. memujuk puteri ini meninggalkan pemuda ini dengan tukaran nasi kuning.

Kini, persembahan Ulek Mayang dipersembahkan sebagai seni tradisi yang dijadikan warisan budaya masyarakat dan telah dibuang unsur kurafat. Persembahan biasanya dimulakan dengan membaca doa dan membangkitkan semangat asal Mayang. Mayang yang digunakan dalam persembahan akan diasapkan kemenyan dan di sapi minyak kelapa terlebih dahulu. Doa di pohon untuk melindungi agar orang yang mengambil bahagian dalam persembahan tersebut tidak ditimpa dengan perkara yang tidak diingini.




11 comments:

BOY said...

Interesting post!! Like it!!

Nael said...

Suke dengar lagu Ulek Mayang versi Ella!!

cikmid said...

Laaaa...ape lak kul 6 baru leh tgk ni? Tunggu lagi 10 min..

Nael said...

Kesian.. korang punya Youtube kul nak 6.00 baru boleh bukak erk?... biasa la company tak nak korang mengular

BOY said...

hahaah... Beside Ulik Mayang my suggest u try postkan Watimah Landak.. Watimah landak as tarian rakyat negeri terengganu.. intestesting gaks..

Mael said...

OOo.. Watimah Landak lagu dia ada aku posting kat player tu...

BOY said...

Ye saya... Menarik tue..

BOY said...

Lagu-lagu rakyat Terengganu kelakar-kelakar ah!!.. menghiburkan...

CheMat said...

suka lagu Kerabu Pucuk Paku!!

aisya zaharin said...

Suka lagu Ulik Mayang!!.. meremang bulu roma!!

M3r4k♥Put!h™ said...

tp saya rasa kemuskilan cikit ada kah ulik mayang tu berasal dri laut??? sbb di situ ada menyatakan yg laut balik kew laut yg darat balik kew darat...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails