Snorkeling - Indahnya dasar laut Terengganu


Terengganu sungguh bertuah kerana mempunyai pelbagai pulau yang indah seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Kapas. Sudah tentu ianya menjadi aset paling berharga buat negeri Terengganu . Keindahanya dasar lautanya juga menjadi daya penarik penyelam dan pencinta lautan seperti aku untuk sentiasa berkunjung ke sini.

Setiap tahun aku akan ke pulau sekitar pantai timur terutama Redang untuk menyelam dan menikmati keindahan dunia dasar lautan yang penuh keajaiban tersendiri. Menyelam dan berenang bersama ikan-ikan yang jinak membuatkan aku merasakan berada di dunia lain. Keindahan batu karang berwarna warni yang terbina beratus-ratus tahun dahulu masih kekal cantik di tembusi cahaya matahari melalui kejernihan air laut seumpama kristal.



Berenang bersama Ikan Bayan, Ikan Peacock, Cloud Fish (Nemo) memang satu pengalaman yang akan aku ceritakan kepada anak cucuku nanti . Ikan-ikan jinak ini berebut-rebut memakan roti yang aku bawa bagi menarik perhatian mereka. Di Taman Laut Pulau Redang aku berpeluang melihat belut raksasa yang menghuni dasar laut taman tersebut. Jadi sesiapa yang berpeluang datang dan melihat sendiri dunia bawah laut, sama-samalah kita menjaga kebersihan dan tidak merosakkan batu karang . Jagalah keindahan ini untuk generasi masa depan kita.


Taklimat sebelum Snorkeling - Jangan pijak coral

Dunia yang berbeza sekali dari daratan

Terumbu karang yang memakan masa beratus tahun untuk membesar

Ikan-ikan jinak sentiasa berenang bersama

Kerang gergasi ini melekat di dasar laut Redang

Pengalaman memberi makan ikan dengan tangan memang menyeronokkan

Kalau nasib baik berselisih dgn Baby Shark

Belut gergasi ini sentiasa menunggu masa di lubangnya

Ikan dan terumbu karang saling bergantungan membentuk ekosistemnya sendiri

Ikan terumbu karang yang berwarna warni mengamit penyelam scuba

Gamat kat sini besar-besar saiznya


Antara terumbu karang yang saya sempat snap

Cantik terumbu karang berwarna hijau lumut ini di tangkap menggunakan camera underwater yang aku sewa dari Reef Redang Resort.




11 comments:

Nael said...

Pulau Redang pada aku adalah pulau paling cantik kat Malaysia!! Selama 7 tahun berturut aku datang ke pulau ini tanpa pernah rasa jemu!!

Tahun ini aku nak pergi Perhentian plak!!

Maz said...

Yg pasti semua pulau kat terengganu mmg cantik...terbaik...suka la post ni..thanks nael...

Nael said...

Sesama Cik Mizie!! Jom ah join sekali Perhentian 8hb July nie!!

Nael said...

Tak sabar nak gi Terengganu .. kali ni pergi drive tak nak bas... boleh singgah banyak tempat..

ZulRidz said...

Waahh..meriah..
kalu gi lg ajak ajak sekali ek..
;)

CheMat said...

Boleh jer Zul!!... Join kitaorang gi Perhentian 8 July nie!!

BOY said...

Yeah!! Perhentian... tak sabar nak gi!!

cikmid said...

Best.... masa ni ada ikot gak!!

aisya zaharin said...

Masa nie Aisyah pun ada!!!.. Best Redang!!

::naMaku steBen:: said...

teringin nk pergi lagi

Nael said...

Boleh... lepas nie steBen kena bawak anak kecik... tak leh nak merayap-rayap agik! hehhehe

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails