Posted by
Nael
Kalau di Sepang, Selangor boleh berbangga denga Litar Formula One, Rakyat Terengganu sudah tentu boleh berasa bangga kerana mampu mengendali Formula One Versi Kapal Layar yang mana acara sukan berprestij antarabangsa. Monsun Cup yang diadakan setiap tahun ini mengundang beribu-ribu pelancong dalam dan luar negara ke negeri Terengganu bagi menyaksikan acara sukan yang diadakan setahun sekali ini. Monsun Cup telah mendapat liputan meluas diseluruh dunia ini sekaligus mempromosi industri pelancongan di Negeri Terengganu di mata dunia.
Pada waktu dulu apabila musim tengkujuh penduduk sekitar pantai timur tidak mampu menjana pendapatan kerana musim hujan dan laut bergelora. Tetapi sejak Monsun Cup di adakan di sini mereka boleh meraih pendapatan sampingan. Usahawan songket sudah tentu mendapat lebihan tempahan, pengusaha keropok lekor tak menang tangan menguli keropok sementara nasi dagang pula menjadi mendapat pemintaan tinggi kerana kunjungan pelancong asing dan tempatan yang naik mendadak setiap kali Monsun Cup membuka tirainya.

Antar kapal layar peserta yang bertanding
Crew Black Match Pemenang Moonson Cup 2009
Category:
Rekreasi,
Sukan
3
comments
3 comments:
Tak pandai la handle kapa layar!! takot karam!!
tengok jer Che Mat!!.... sapa suwuh hang belayar!!
Satu jenis sukan yang bakal mengangkat Terengganu dipeta dunia......tak pandai tak pe...tapi kan kita boleh belajar...seronoknya belayar....karam tu.. hanyala satu cabarannya...
Post a Comment