Masjid Tengku Tengah Zaharah



Kalau pergi Kuala Terengganu jangan lupa singgah ke Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung. Masjid ini terletak 4Km dari pusat bandar Kuala Terengganu dan dibina di atas permukaan air di muara Sungai Ibai dan menjadikan Masjid ini unik dan tersendiri. Masjid Terapung ini mempunai keindahan seni bina islam tersendiri berbanding masjid lain yang dibina. Bertambah unik masjid ini dikelilingi air sedalam 1.5meter berserta kubah besar dan lima wakaf untuk pengunjung mencari ketenangan.

Masjid ini berkeluasan 1,372 meter persegi dan mempunyai menara setinggi 30 meter disiapkan pada Januari diilhamkan oleh akitek terkenal Malaysia iaitu Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad . Masjid ini mampu menampung jamaah seramai 1000 orang yang menempatkan dewan solat lelaki dibahagian bawah sementara dewan solat wanita di bahagian atas.

Gabuangan seni taman dihiasi langit membiru berserta pancaran mentari dan tiupan angin laut pasti akan mengamit pengunjung. Sudah pastinya masjid ini menjadi masjid paling nyaman dan mendamaikan memberi erti bertapa besar dan agungnya syiar Islam bertapak di bumi bertuah Terengganu.

Jadi sesiap yang ingin mencari ketenangan dan keindahan boleh la datang sini berehat-rehat sambil beribadat.






9 comments:

kami said...

Cantik masjid ini... Masjid ini dulu memang femes sebelum adanya Masjid Kristal...

satu hari nanti nak datang sini ah...

Mael said...

Terapung kan.. menarik!!

CheMat said...

Solat Istiqamah kat sini mesti tenang jiwa!!

BOY said...

Setuju.. Masjid nieh sgt menarik..

Nael said...

Tapi masjid sekarang besar tapi tak ramai orang berjemaah di dalamnya!!

BOY said...

Indah dan tenang sekali masjid terapung Terengganu nie!!

kami said...

Aku setiap kali pergi ke terengganu mesti nampak masjid Tengku Tengah Zaharah dibelah kanan aku, rasa nyer macam mercu tanda pintu masuk ker Bandar Terengganu jerk.

CheMat said...

Landmark Negeri Terengganu before Masjid Kristal di bina di Kuala Terengganu!!..

gadafie said...

mesjid terapung...baru sekali g...nak g lagi...lalala

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails