Kuih Akok



Salam 1Malaysia!!.. Posting kali ini aku nak bercerita tentang kuih tradisi kegemaran masyarakat pantai timur terutama di Kelantan dan Terengganu iaitu Kuih Akok. Kuih Akok yang manis rasanya diperbuat dari adunan tepung, telur, gula melaka, santan dan daun pandan. Terdapat dua jenis kuih Akok yang biasanya yang dibuat berbentuk bujur dan berbunga atau juga dikenali sebagai Akok Kemboja. Akok tradisi yang paling sedap aku pernah rasa bila proses pembuatan Akok ini menggunakan kaedah tradisi iaitu dibakar menggunakan sabut kelapa.

Ada cerita yang kelakar di sebalik kuih Akok ini. Menurut ceritanya apabila kita makan kuih Akok ini dan rasanya tak sedap bermakna si pembuat Akok ini adalah seorang yang kedekut. Ini kerana untuk membuat kuih Akok yang sedap pembuatnya perlu menggunakan telur yang banyak. Oleh kerana itu jika rasa Akok itu tawar dan banyak tepung bermakna pembuatnya kedekut kerana menggunakan telur yang sedikit. Boleh pulak macam tu kan? Hehehehehe Apa pun... Kuih Akok memang sedap!!



Akok yang masih panas kelihatan mengembang seperti bahulu


Selepas sejok kuik Akok kelihatan kecut!! tetapi rasanya sedap!!



5 comments:

BOY said...

Kuih akok nieh cam kuih cara jer... Rasa2 sama tak cuma berlainan nama mengikut negeri..

Nael said...

kalau kat KL orang panggil Kuih Kemboja!! rasanya lebih kurang... kuih Cara tu pun lebih kurang cuma dia ada Cara Berlauk!

BOY said...

Dapat kuih nie kat Bazar Ramadhan !!

kami said...

Kuih Akok sedap, lompat tikam pun sodap.. semua la kuih muih yg sedap

Nael said...

Sapa yang minat kuih manis-manis!! Akok mmg sesuai sekali!!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails