Keropok Lekor


Kalau pergi Terengganu memang tak sah kalau tak perkena Keropok Lekor. Keropok Lekor Terengganu la yang paling sedap berbanding dengan keropok lekor negeri lain. Mungkin resepi rahsia orang Terengganu dan air tangan orang Terengganu sendiri membuatkan rasa aslinya berbeza dari keropok lekor tempat lain. Isi Ikan Tamban yang segar menambah keenakan dan kelazatan keropok lekor Terengganu.



Ok!! Kat sini aku nak cerita serba sedikit tentang keropok lekor. Keropok Lekor diperbuat daripada isi ikan laut yang segar dan campuran sagu atau tepung kaji. Ramuan ini akan di gaul dan diuli dan digentel panjang bertali kemudiannya direbus di dalam air panas. Kandungan isi ikan yang lebih banyak dari tepung atau sagu biasanya membuatkan keropok lekor itu lebih sedap rasanya.







Keropok lekor biasanya boleh di makan segar atau di goreng dimakan dengan cicah sos cili yang pedas. Aku paling suka bila di goreng dan di makan panas-panas lagi. Perghh!! pasti tak berhenti makan selagi tak habis kat pinggan. Keropok lekor yang dicampur kanji biasanya lebih rangup apabila digoreng tetapi menjadi liat apabila sudah sejuk. Sementara keropok lekor yang di campur sagu tidak menjadi liat walaupun sudah menjadi sejuk selepas digoreng.

Keropok lekor pada masa ini bukan sahaja popular di Terengganu malahan di seluruh Malaysia dan diterima sebagai makanan rasmi minum petang rakyat Malaysia. Keropok lekor yang paling sedap bagi aku adalah keropok lekor di Kemaman Terengganu. Sesiapa yang ingin singgah kat kedai keropok ini berikut adalah alamatnya.


Keropok Cap Tenggiri
Zaimah Bt Haji Jusoh
Kampung Geliga Besar,
24000 Chukai Kemaman
Terengganu





5 comments:

BOY said...

Pesal takdek orang komen kat Keropok Lekor?.. sebab dah biasa makan erk!!

CheMat said...

Depan umah aku makcik jual keropok lekor!! kalau pepetang lapor.... order jer...

cikmid said...

Keropok lekor sedap makan masa panas-panas...

Nael said...

Femes kedai keropok lekor kat Kemaman tu...

gadafie said...

aku lapar!!!!...aku nak kopok losong ni haaaaa....waaaaaaaaaaaaa....

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails