Kelmarin lepas balik kenduri kawin member kt Rembau.. Jalan jem menyebabkan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur tersangat panjang.. dari perot kenyang sampai KL lapar balik..
Aku dgn member singgah kat Uncle Ya Western kt Setiawangsa. Menurut member western kt sini Not Bad.. maka aku pun memilih Grill Lamb Chop Blackpaper.. member aku order Tenderloin Steak dan Mushroom Soup...
Melihat cara hiasan hidangannya memang menarik.. Lamb tu nampak menyelerakan plus ada sesungut kt atas kentang bakarnya.. Gravy Blackpaper di sediakan asing.. agak menarik cara tersebut kerana customer boleh menuang gravy mengikut keperluan mereka..
Lamb grill tersebut just nice.. gravy dia not so bad.. tapi gravy blackpaper tersebut belum dapat mencapai level taste aku.. sebabnya aku dah rasa gravy yg terbaik sekali sebelum ini.. jadi expectation aku terhadap western food punya gravy sgt tinggi.. Mushroom Soup dia sedap.. cicah roti garlic mmg terasa sedapnya..
Rasa aku bagi 3 Bintang dari 5..
Hiasan dan presentation aku bagi 4 bintang.. Harga agal berpatutan utk western menu..
Read more...
Ikan sembilang mmg antara ikan favourite aku.. Ikan Sembilang paling sedap di masak Asam Pedas dan Kari.
Tapi nk dapat Restoran yg menyediakan sajian ikan sembilang agak sukar nk dpt. Di Bandar Kuala Selangor ada sebijik Restoran Ikan Sembilang Kg Pinang. Lokasi disebelah Stesen Bas Kuala Selangor.
Restoran jenis layan diri ini menyajikan masakan utama ikan sembilang masak asam pedas dan kari. Aku try sembilang kari dan ambik part bahagian tengah ikan.. Rasa ikan segar yg manis dan kuah kari yg pekat mmg sedap..
Cumanya kuah kari tu dah sejok.. mungkin kalau kari tu di panaskan di clapot sebelum di hidang.. selera makan aku boleh jadi 2 kali ganda..
Apa pun.. sedap boleh cuba..
Read more...
Bila aku pergi Tesco Kuala Selangor hujung minggu utk loading stock Restoran aku.. selalu gak lalu depan Restoran Nasi Ayam Gemas nie.. tapi tak pernah singgah rasa..
Since aku lapar sgt.. aku singgah la nk try test apa istimewanya Nasi Ayam Gemas nie sampai kat Kuala Selangor..
Aku order Nasi Ayam sorang makan dgn Kerabu Taugeh.. Rasa Nasi Ayam dia boleh tahan.. cuma nasi dia terlalu lembik.. dan sup nasi ayam tu mcm dah sejok.. Kerabu Taugeh dia sedap.. tapi aku tak habis makan sbb potion utk sorang tu mcm banyak sgt..
Boleh rasa kalau sesat sini.. Tapi not very best nasi ayam laa.. sbb Nasi Ayam paling sedap sudah pernah aku rasa...hehehehe
Read more...
Setahun tak blogging!!!
My 1st posting guna apps Android Blogger.
Korang mesti pernah rasa Pad Thai kan?.. kalau kat Malaysia Cha Kueh Tiaw camtu.. masa aku gi Phuket kelmarin kitaorng sempat la singgah kt deretan street hawker tepi Pantai Patong utk mencari2 street food yg sedap kat Phuket nie...
Aku order Pad Thai sepinggan dgn Telur Dadar + Oyster. Rasanya memang sangat sedap tapi agak pedas.. Rasa Pad Thai yg manis2 pedas mix up dgn taugeh dgn daun kuchai mmg rasa bebeza dgn Pad Thai yg aku selalu makan kt Msia. Telur dadar tiram dia juga sgt sedap.. ranggup dan rasa tiram segar tu mmg mengecurkan kan air liur..
Harga Pad Thai nie THB60 or RM6.00 sepinggan sama jer dgn Telur Dadar Oyster tadi.. Murah dan puas hati dapat merasa kelazatan sebenar Pad Thai.. Street Hawkers sebenarnya banyak menawarkan makanan yg murah dan sedap.. so kalau korang sampai Phuket jgn lupe test. ..
Read more...
Read more...